Peta Pemikiran

PETA PEMIKIRAN


Peta pemikiran merupakan salah satu komponen dalam alat kemahiran berfikir. Terdapat lapan jenis peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang bersesuaian mengikut tajuk. Peta pemikiran berfungsi untuk menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi.

1.PETA BULATAN (CRCLE MAP)
CONTOH PETA BULATAN (CIRCLE MAP)
  • Digunakan untuk meyenaraikan maklumat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk atau konsep
  • Terdiri daripada dua bulatan: bulatan kecil dan bulatan besar
  • Bulatan kecil berfungsi untuk mencatat tajuk atau konsep.
  • Bulatan besar berfungsi untuk menyenaraikan isi-isi penting berkaitan topik
  • Bahagian luar bulatan digunakan untuk menyenaraikan sumber rujukan atau pandangan tentang topik.
2.PETA BUIH(BUBBLE MAP)
CONTOH PETA BUIH (BUBBLE MAP)
  • Terdiri daripada satu bulatan ditengah dengan beberapa bulatan yang dihubungkan dengan menggunakan garis lurus
  • Bulatan tengah berfungsi untuk mencatat tajuk atau konsep
  • Bulatan-bulatan yang lain digunakan untuk mencatat sifat tajuk atau konsep pada bulatan tengah.
3.PETA BUIH BERGANDA (DOUBLE BUBBLE MAP)
CONTOH PETA BUIH BERGANDA (DOUBLE BUBBLE MAP)
  • Digunakan untuk menyenaraikan perbezaan atau persamaan berkaitan sesuatu topik atau tajuk.
  • Terdiri daripada dua bulatan ditengah dengan beberapa bulatan yang dihubungkan dengan garisan lurus.
  • Bulatan ditengah digunakan untuk mencatat persamaan manakala bulatan disisi digunakan untuk menyenaraikan perbezaan.
4.PETA POKOK (TREE MAP)
CONTOH PETA POKOK (TREE MAP)
  • Berfungsi untuk mengkategorikan mengkelaskan sesuatu tajuk atau konsep.
5.PETA DAKAP (BRACE MAP)
CONTOH PETA DAKAP (BRACE MAP)
  • Digunakan untuk menilai dan menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkait dengan bahagian-bahagian berkenaan.
  • Peta dakap digunakan untuk membuat pengelasan.
6.PETA ALIR (FLOW MAP)
CONTOH PETA ALIR (FLOW MAP)
  • Digunakan untuk menunjukkan urutan atau langkah sesuatu proses, kitaran, perkaitan dan urutan sesuatu konsep atau tajuk.
7.PETA PELBAGAI ALIR (MULTIFLOW MAP)
CONTOH PETA PELBAGAI ALIR (MULTIFLOW MAP)
  • Digunakan untuk menilai dan menganalisis sesuatu konsep atau tajuk secara mendalam dan menghubungkait dengan bahagian-bahagian berkenaan.
  • Peta ini digunakan untuk menunjukkan sebab dan akibat.
  • Terdiri daripada peristiwa yang berlaku, sebab peristiwa berkenaan berlaku dan akibat daripada peristiwa berkenaan.
8.PETA TITI (BRIDGE MAP)
CONTOH PETA TITI (BRIDGE MAP)
  • Digunakan untuk membuat atau mencari perhubungan antara satu konsep dengan satu konsep yang lain.
  • Teerdiri daripada garisan (faktor berkaitan = RF adalah frasa setara yaang mengaitkan analogi) garisan lagi dengan catatan di bahagian atas dan di bawahnya pasangan yang berkaitan.
  • Kedua-dua pasangan ini disambungkan oleh titi.


Comments